Wednesday, February 27, 2008

Syair Malim Deman

Tersebutlah kisah di suatu desa,
Hidup seorang janda dan anaknya,
Malim Deman anaknya bernama,
Menyumpit burung itulah kebiasaannya.

Merantau di hutan, si sang jejaka,
Suatu hari, berseorang sahaja,
Beberapa wanita kedengaran tertawanya,
Ke arah suara mereka, dia pun mara.

Ke sebuah air terjun kecil, dia mara,
Tujuh puteri kayangan kelihatan bermandi-manda,
Semua turun tanpa keizinan ayahbonda,
Selepas itu berasa bersalah.

Mereka menanggalkan baju layang- layang mereka,
Terus mereka bermandi-manda,
Tujuan mereka untuk bersuka ria,
Sebelum pulang menghadap ayahbonda.

Baju layang-layang si bongsu diambilnya,
Diambil Malim Deman dengan senyapnya,
Setelah selesai bermandi-manda,
Puteri bongsu resah kehilangan baju layangnya.

Terbang kembali ke kayangan semua kakaknya,
Tinggal si bongsu seorang, mencari selendangnya,
Mencari selendang dengan sukarnya,
Akhirnya, Malim Deman yang dijumpanya.

Mereka menyapa dan bercerita,
Akhirnya bongsu setuju berkahwin dengannya,
Selepas berkahwin hidup bahagia,
Susah senang lalui bersama.

Suatu hari, kumpulan pemuda tiba,
Semuanya dari kayangan rupa-rupanya,
Mereka hadir, menjalani perintah,
Membawa bongsu pulang ke kayangannnya.

Walaupun puteri bongsu telah derhaka,
Tidak setuju, tentulah suaminya,
Dengan berani dia mencuba,
Melawan mereka sedaya upaya.

Akhirnya, pemuda-pemuda kayangan kalah,
Mereka pulang setelah menyerah,
Alangkah gembira mereka berdua,
Dapat hidup bahagia bersama.